Sunday 24 February 2013

Aku Bahagia Jadi Muslimah!




Bismillahirahmanirahim.



Lama aku menyepi,
lama aku tak menulis,
mungkin aku terlalu lama mendengar.

*ehh mcm student sastera la ayat dia ^^*

Okay-okay saya dah jatuh cinta dengan penulisan.
Alhamdulillah, mungkin ini kali terakhir saya berblog, 
siapa tahu?

Jadi pesanan terakhir untuk remaja yang akan mengorak langkah untuk berubah.

Aku akan pergi,
mungkin lepas ini siapa bisa menasihati kamu?
jadi dengar la baitku walaupun pahit.

Al-kisah!

Aku ditanya pada petang itu..

Coming soon Muslimah :
"Apa kau tidak siksa bertudung labuh?
Apa kau tak panas?
Apa kau tak berpeluh?
Apa kau tak serabut kepala dibedung bak bayi?
Apa kau tak mahu wajahmu dihiasi warna warni?
Apa kau tak mahu bercinta dengan laki-laki?

Tapi..

Aku kagum dengan kau.
Kerana mahu pada Syurga yang tak ternampak
sehingga kau buta pada dunia yang kiri kanan terlambak.

Bantulah aku.
Aku tak reti nak berhijrah "


Aku;

"Paksalah diri untuk berubah dan pura-puralah berubah.
Tutuplah keinginan kau untuk berubah itu dengan kepura-puraan
kau menjadi solehah.

Kerana bermula dengan kepura-puraan itu
barulah kau belajar menjadi Muslimah sejati.

*tak baiklah! pura-pura.. tak mau!*

*Hoish!! Bukan!
Bagi dushh*

*Argh sakit! habis tu?!!*

*Krik krik krikk..


Memang kadangkala kita perlu jadi hipokrit.
Yang penting bukan munafik!

FAKE IT, TO MAKE IT!

dah bahagia jadi muslimah nanti..
jangan lupa doakan aku.
Agar sebahagia dengan kau. 


Selamat tinggal Bakal Muslimah.
Aku pergi dulu. Assalamualaikum*


*................ waalaikumusalam

Selamat tinggal...*




Muslimah itu bangun dan pergi...
sampai dipersimpangan jalan..
dia dilanggar dan pergi meninggalkan bumi.

Bisik hati kecil si bakal muslimah.
"Ya Allah, jadikan dia, aku dan seluruh Muslimah diatas 
muka bumi ini wanita Syurga. Aamiin "

Innalillahi wainalillahi rojiunn.



Aku Bahagia Jadi Muslimah!
written by wahida
13 rabiulakhir 1434 Hijrah
24 februari 2013.





5 comments:

  1. " Paksalah diri untuk berubah dan pura-puralah berubah. Tutuplah keinginan kau untuk berubah itu dengan kepura-puraan kau menjadi solehah. Kerana bermula dengan kepura-puraan itu barulah kau belajar menjadi Muslimah sejati. "

    Ayat ni sangat menyentuh hati. Sebab ingatkan hanya seorang shj yg berpura2.

    ReplyDelete
  2. Kadang2 pura-pura itu lah yang menyedarkan diri.

    Dan pura-pura itu satu nikmat.

    Terasa diri berdosa dalam kepura-puraan akan menyebabkan diri jadi mahu betul2 berubah. Biz nillah :)

    ReplyDelete
  3. saya mohon kongsi ini di blog saya.

    ReplyDelete
  4. sy wanita biasa tp sy teringin sgt ingin berubah kearah yg lbih baik..ingin menutup aurat dgn sempurna..tp iman sy ada turun dan naik..sy tidak tahu nak mula dari mna..

    ReplyDelete
  5. mohon share ini di blog ana :) . terima kasih

    ReplyDelete