Monday 15 October 2012

Wahai Bakal Imamku ;)



Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh :)

Bismillahirahmanirahim

Apa khabar bakal suami ku?
apa khabar imanmu pada hari ini?
sudahkah engkau mengucapkan syukur kepada Allah SWT 
kerana masih memberi peluang kepada mu untuk terus hidup
untuk beribadat kepadanya?
Sudahkah kamu membasahi wajahmu pada hari ini untuk berwudhuk ?
Sudahkah kamu menjatuhkan lututmu untuk bersujud kepada Allah ?
Tuhanku, Tuhanmu :)

Wahai bakal Imam ku
Tahukah kamu bahawa aku disini sedang diuji suatu 
perasaan yang dasyatnya?
Perasaan yang dimana aku hanya Mencintai Tuhanku dan Tuhanmu sahaja
Juga pada Rasul Allah .
Tahukah kamu bahawa aku dididik disini
oleh Ayah dan Ibu mertuamu untuk Taat pada Allah
Rasul, mereka dan untuk mu.

Kadang kala hati ku resah.
Resahku memikirkan Tuhanku Tuhanmu
Resahku memikirkan akan dirimu.
Aku bukan sesiapa
Aku bukan semulia Khadijah
Aku juga bukanlah setaqwa Aisyah 
Pun juga tidak setabah Fatimah
Aku tidak lain tidak bukan
sekadar wanita Akhir Zaman
yang punyai cita-cita menjadi 
Isteri Solehah

Wahai bakal Imamku 
Aku selalu mengajar dan mendidik 
diriku agar tidak merosakan 
cinta yang hanya buatmu
Buat Imamku
Namun setelah engkau menjadi Imam ku
aku berharap padamu supaya membimbing ku ke Syurga Allah
Pasti juga aku akan membimbingmu kejalan Allah
InsyaAllah pasti

Wahai bakal Imamku
Jujur aku kuat cemburu
Justeru dengan itu
kau bimbinglah aku untuk menjadi Isteri yang Solehah
agar dapat kelak di Syurga cukuplah aku
sahaja menjadi Bidadari buatmu.
Namun andai cintamu pada Allah dan Rasulmu
lebih daripada cintamu kepadaku 
Aku rela
malahan aku bersyukur kerana dikurniakan
lelaki semuliamu

Wahai bakal Imamku
Andai benar aku tercipta untukmu
dan andai benar engkau tercipta untukku
Letakkanlah aku nanti bersebelahan dihatimu
simpanlah aku disebelah Hatimu
 Cintalah Tuhanmu Tuhanku
Rasulmu Rasulku
Ibumu Ibuku
Keluargamu keluargaku
dan Aku 
Meskipun aku terletak ditempat terakhir dihatimu
Namun kau semaikanlah ku dengan
Doamu
Doakan aku agar bahagia ketika berada disisimu
Buat selamanya.

Wahai Imamku
cukuplah sekadar cinta yang terindah engkau berikan
kepadaku
Cinta yang boleh membawaku kepada 
kecintaan kepada Tuhanku Tuhanmu
Cukuplah sekadar cinta High class yang ku minta padamu
Bukan cinta yang membawaku kepada kemurkaan Allah SWT
Jadilah Imamku ketika solat
Jadilah Qariku untukku mengaji
Jadilah Suami yang terbaik seperti Ayahku dan Ayahmu
Jadilah Ayah yang terbaik untuk Anak-anak kita nanti 
dan Jadilah seseorang
yang boleh membawa Aku kepada kecintaan Allah SWT
itu sahajalah yang termampu 
untukku pinta padamu.




Wahai Imamku
Bersabarlah
Do'aku selalu 

Agar Allah memudahkan jalan 
untuk menjemputku sebagai bidadarimu

Semoga Allah menjagamu agar tidak tersentuh dengan bukan Mahrammu
Jagalah Imanmu untukku,
Jagalah Maruahmu untuku,
Agar Allah sentiasa memberkati kita


Salam cintakuku untukmu
Wahai bakal Imamku :)

by-Wahida

Thursday 11 October 2012

kebaikan berzikir dan membaca al QURAN

ASSALAMUALAIKUM semua :D

 
I have something to share with you all.
sebelum tu tarik nafas dalam dalam jom...
ini boleh kurangkan tekanan kemarahan kita.jika kita tengah marah.
topik hari ini berkaitan dengan kebaikan berzikir dan membaca al QURAN.wah..banyak manfaat jika kita baca.
actually aku nak bagitahu aku tengah tension yang teramat sangat2 -,-
pening,geram,ish semua ada lah.sebab apa?nak exam punya pasal.
biasa la..hidup sebagai student ni macam macam dugaan kena alami..
stress dengan belajar..dengan tu la..
dengan ni la...
ayoyo.saaabbbbaaaar jela :)
biasa la kan.ha!! jadi...kalau kita tengah marah,tension ke...sakit jiwa ke apa ke...
apa kata kita mengucap,berzikir ataupun baca al QURAN..jangan la mencarut ke..apa ke...buat dapat
dosa je tau.yang lain pun tak tertanggung.
tak kan nak tambah lagi kot.berat la amalan buruk kita nanti
huh!! NERAKA la jawabnya.
tak nak!!! takut.tapi tu la manusia kan...tak pernah sedar dengan apa yang diaorang buat :)
aku pun macam tu jugak dahulu.that's why la adanya hijrah.bila ada hijrah..kita boleh melangkah
kearah kebaikan.dan berjanji,bertaubat pada ALLAH yang kita tidak akan mengulangi dosa dosa dahulu lagi :)
tapi boleh ke kita buat?biasa la..
syaitan banyak.mak oi... tak terkata.
sebab tu kita diberi akal.supaya kita boleh fikir yang mana baik..yang mana buruk.
kalau tak ada akal...
macam macam kita boleh buat diluar dugaan kita.-,-
boleh bayangkan?tak boleh kan.
subhanALLAH hebatnya ALLAH :)
BACK TO THE STORY.
jadi...al QURAN ni banyak manfaatnya
ilmu dalm tu banyak sangat sangat.
kalau nak baca quran pun susahkan?macam aku cakap tadi la...
syaitan banyak sangat.ada je untuk sesatkan manusia.
ish2..
jadi sama sama kita lawan ye.iman kena kuat!!
insyaALLAH  we can do it :)
 
 
Sesungguhnya terlalu banyak dalil-dalil dari al-quran dan hadis yang membicarakan tentang kelebihan membaca al-quran,memahami dan beramal dengannya seperti di bawah.
Dalil dari al-quran:
 
 
Allah ta’ala telah berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ (29) لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ (30)
‏‏
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi.Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.[1]


see....nampak tak?subhaALLAH banyak kelebihan
 membaca al QURAN ni.cuma kita je tak alert.takpe..
belajar dari kesilapan :)
selepas ni apa kata kita cuba memahami al quran dan sering2 berzikir.
mesti hati kita tenang.aku yakin itu.yakin sangat2!!

for the end

I LOVE ALLAH <3 <3 <3 <3


by anis hanina

Saturday 6 October 2012

aku cintakan kamu kerana ALLAH

~BISMILLAHIRAHMANIRAHIM~



ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang untuk semua
okey entri aku kali ini berkaitan dengan cinta.
cinta yang kekal abadi
semua orang ada perasaan isn't?
tipu la kalau tak ada rasa cinta sikit pun pada seseorang.
meh aku nak cerita sikit ni tentang cinta yang benar benar
ikhlas semata mata kerana ALLAH
before that..you all baca ayat ayat di bwah ini :)
 
Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
«إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ: يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلاَلِ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلِّي؟»

Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”

Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

«وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لاَ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا، أَوَ لاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ، أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ»


Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman. Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana jika kalian melakukannya nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian! (HR. Muslim).

Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW, “Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai”. Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.

Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:
«لاَ يَجِدُ أَحَدٌ حَلاَوَةَ اْلإِيمَانِ حَتَّى يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ ِللهِ...»

Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata. (HR. Bukhari).

Hadis dari Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban, ia berkata:
«يَا رَسُولَ اللهِ، الرَجُلُ يُحِبُّ القَوْم لاَيَسْتَطِيْعُ أَنْ يَعْمَلَ بِأَعْمَالِهِم، قَالَ: أَنْتَ ياَ أَبَا ذَرٍ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ. قَالَ: قُلْتُ فَإِنِّي أُحِبُّ اللهَ وَرَسُوْلَهُ يُعِدُها مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ»

Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum tapi tidak mampu beramal seperti mereka? Rasulullah SAW bersabda, “Engkau wahai Abu Dzar, akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai.” Abu Dzar berkata; maka aku berkata, “Sungguh, aku mencintai Allah dan RasulNya.” Abu Dzar mengulanginya sebanyak satu atau dua kali.

Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«مَنْ أَعْطَى ِللهِ وَمَنَعَ ِللهِ وَأَحَبَّ ِللهِ وَأَبْغَضَ ِللهِ وَأَنْكَحَ ِللهِ فَقَدْ اسْتَكْمَلَ إِيمَانَهُ»

Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya. (HR. Al-Hakim).

Manifestasi Cinta kerana Allah

1. Disunahkan orang yang mencintai saudaranya kerana Allah untuk memberitahukan cintanya kepada orang yang dicintainya. Abu Dawud dan At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

«إِذَا أَحَبَّ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَلْيُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ»

Jika seseorang mencintai saudaranya kerana Allah, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.

2. Disunahkan mendoakan saudara yang dicintainya ketika tidak bersamanya. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
«مَنْ دَعَا ِلأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ»

Barang siapa yang mendoakan saudaranya pada saat ia tidak bersamanya, maka malaikat yang diamanahkan untuk menjaga dan mengawasinya berkata, “Semoga Allah mengabulkan; dan bagimu semoga mendapat yang semisalnya.” (HR. Muslim).

3. Disunahkan meminta doa dari saudaranya. Abu Dawud dan Tirmidzi meriwayatkan bahawa Umar bin Khatab berkata: Aku meminta izin kepada Nabi SAW untuk umrah, kemudian beliau memberikan izin kepadaku dan bersabda:
«لاَ تَنْسَنَا يَا أَخِيْ مِنْ دُعَائِكَ»

“Wahai saudaraku, engkau jangan melupakan kami dalam doamu.”

4. Disunahkan mengunjungi orang yang dicintai, duduk bersamanya, saling menjalin persaudaraan, dan saling memberi kerana Allah, setelah mencintaiNya. Imam Muslim telah meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«أَنَّ رَجُلاً زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللهُ تَعَالَى لَهُ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ: أَيْنَ تُرِيدُ؟ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ، قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا عَلَيْهِ؟ قَالَ: لاَ، غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللهِ تَعَالىَ، قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ»

Sesungguhnya ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di kota lain. Kemudian Allah memerintahkan Malaikat untuk mengikutinya. Ketika malaikat sampai kepadanya, ia berkata, “Engkau hendak ke mana?” Orang itu berkata, “Aku akan mengunjungi saudaraku di kota ini.” Malaikat berkata, “Apakah ada hartamu yang dikelola olehnya?” Ia berkata, “Tidak ada, hanya saja aku mencintainya kerana Allah.” Malaikat itu berkata, “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu. Aku diperintahkan untuk mengatakan bahawa Allah sungguh telah mencintaimu sebagaimana engkau telah mencintai saudaramu itu kerana Allah.”

5. Sentiasa berusaha membantu memenuhi keperluan saudaranya dan bersungguh-sungguh menghilangkan kesusahannya. Hal ini berdasarkan hadis Mutafaq 'alaih dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda:
«الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ مَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللهُ عَنْهُ بِهَا كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ»

Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan membiarkannya binasa. Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi perluannya. Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kesusahannya kelak di Hari Kiamat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat.

6. Disunahkan menemui orang yang dicintai dengan menampakkan (menzahirkan) perkara yang disukainya untuk menggembirakannya. Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitab As-Shagir, Rasulullah SAW bersabda:
«مَنْ لَقِيَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ بِمَا يُحِبُّ لَيَسُرَّهُ بِذَالِكَ, يُرِهِ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ»

Barangsiapa yang menemui saudaranya yang muslim dengan menampakkan perkara yang disukainya kerana ingin membahagiakannya, maka Allah akan memberikan kebahagiaan kepadanya di Hari Kiamat.

7. Disunahkan seorang muslim menemui saudaranya dengan wajah yang berseri-seri. Diriwayatkan dari Abu Dzar, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:
«لاَتَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوْفِ شَيْأً، وَلَوْ أَنْ تَلْقَي أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ »

Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun, walau sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri-seri (HR. Muslim).

8. Disunahkan seorang muslim memberikan hadiah kepada saudaranya, berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda:
«وَتَهَادُوْا تَحَابُّوْا»

Kalian harus saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai. (HR. Bukhari).

9. Disunahkan menerima hadiah yang diberi saudaranya dan membalasnya. Dasarnya adalah hadis daripada Aisyah riwayat Bukhari, ia berkata:
«كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْبَلُ الْهَدِيَّةَ وَيُثِيْبُ عَلَيْهَا»

“Rasulullah SAW pernah menerima hadiah dan membalasnya. “

Termasuk memberikan balasan hadiah yang setimpal adalah jika seorang muslim mengatakan kepada saudaranya, “Jazakallah Khairan”, ertinya semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Tirmidzi meriwayatkan dari Usamah bin Zaid, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ»

Barangsiapa diberi kebaikan kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, “Jazakallah Khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh dia telah memberikan pujian yang sangat baik.

10. Harus berterima kasih kepada orang yang telah memberikan kebaikan kepadanya. Diriwayatkan dari Nu’man bin Basyir, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:
«مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيلَ لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيرَ وَمَنْ لَمْ يَشْكُرِ النَّاسَ لَمْ يَشْكُرِ اللهَ التَّحَدُّثُ بِنِعْمَةِ اللهِ شُكْرٌ وَتَرْكُهَا كُفْرٌ وَالْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ وَالْفِرْقَةُ عَذَابٌ»

Barangsiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit, maka ia tidak akan dapat mensyukuri nikmat yang banyak. Barangsiapa yang tidak dapat bersyukur kepada orang, maka ia tidak akan dapat bersyukur kepada Allah. Membicarakan nikmat Allah adalah sama dengan bersyukur. Dan tidak membicarakan kenikmatan bererti mengingkari nikmat. Berjemaah adalah rahmat, bercerai berai adalah azab.

11. Disunahkan membela saudaranya untuk mendapatkan kemanfaatan dari suatu kebaikan atau untuk memberikan kemudahan dari suatu kesulitan. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW jika didatangi peminta-minta (pengemis), maka baginda suka berkata:
«اِشْفَعُوْا فَلْتُؤْجَرُوْا وَيَقْضِي اللهُ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا شَاءَ»

Belalah dia, maka kalian akan diberikan pahala. Dan Allah akan memutuskan dengan lisan nabiNya tentang perkara yang ia kehendaki. (HR. Bukhari).

12. Wajib memberi kemaafan terhadap saudaranya. Diriwayatkan Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«مَنْ اعْتَذَرَ إِلَى أَخِيهِ بِمَعْذِرَةٍ فَلَمْ يَقْبَلْهَا كَانَ عَلَيْهِ مِثْلُ خَطِيئَةِ صَاحِبِ مَكْسٍ»

Barangsiapa yang mengajukan permintaan maaf kepada saudaranya dengan suatu alasan tapi ia tidak menerimanya, maka ia akan mendapat kesalahan seperti kesalahan pemungut pajak.

13. Wajib menjaga rahsia seorang muslim. Diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi dari Jabir, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Jika seseorang berkata kepada orang lain dengan suatu perkataan kemudian ia menoleh (melihat sekelilingnya), maka pembicaraan itu adalah amanah”.

14. Wajib memberi nasihat. Imam Muslim telah mentakhrij dari Abu Hurairah ra., ia berkata; sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
«حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ»

Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan, “Apa yang enam itu, Ya Rasulallah?” Rasul SAW bersabda, “Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya; Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya; Apabila ia meminta nasihat kepadamu, maka berikanlah nasihat kepadanya; Apabila ia bersin dan mengucapkan al hamdu lillah, maka ucapkanlah yarhamukallah; Apabila ia sakit maka ziarahlah; Apabila ia meninggal dunia, maka hantarkanlah sampai ke kuburnya."

 
 
< wallahualam >
 
em..korang faham? jadi maknanya..tak perlu la mengejar cinta buat masa sekarang ni.better kita kejar cinta daripada ALLAH.itu lagi best :) insyaALLAH ALLAH akan kirimkan seseorang yang istimewa dalam hidup kita.
tetapi kita ini manusia biasa kan?mencintai dan dicintai itu lumrah bukan?tapi ingatlah jika kita memikirkan seseorang,contohnya orang yang kita cintai itu dah dikira zina hati.
masyALLAH .....
jadi...berhati hati la ye.
aku pun ada mencintai seseorang ni.at the same time aku fikir ' aku barU 16 tahun ada hati nak mencintai dia.imposible.aku tak layak untuk dia.dia terlalu baik untuk aku.lagipun aku masih remaja.banyak yang aku harus pelajari lagi.belum tiba masanya untuk aku mencintai dia.aku mesti belajar dulu.nak kejar cita cita aku dulu.
jadi...
conclusion nya...aku biarkan rasa cinta dilubuk hati aku ini.
biarlah dia berkarat dan terbiar.asalkan rasa cinta itu tak lupus dan masih ada dalam hati aku.jika dia jodoh aku,satu hari nanti
aku yakin ALLAH akan beri dia padaku dan kalau dia bukan jodoh aku
aku akan selalu mendoakan kebahagiaan dia.aku juga berharap aku akan dapat lelaki yang jauh lebih baik daripada dia :)
 

                           

                                                    
 
sekian~~ :)
 
by anis hanina <3
 
 
 

Bicara Hati Seorang Muslimah

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM




SEINDAH-INDAH WANITA ADALAH WANITA YANG SOLEHAH

Dengan nama Allah
Sebaik-baik 
Pemberi Ganjaran.

Namamukah yang tertulis di Luh Mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal
menemaniku jalan menuju
Syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan
separuh dari agamaku?
Aduhai lelaki!

Adakah engkau yang 
tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
JAWAB !

Kau takkan pernah
dapat memberi jawapan,
kerana jawapan bukan di
tanganmu,
Tapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku, dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan
dirimu,
Dan ketakutanku
memikirkan Tuhanku,

Aduhai lelaki,
maafkan aku,
ketakutanku pada Tuhanku
melebihi kegelisahanku
memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba,
sebelum sampai saat itu,
Biarkan aku sendiri 
bersama si DIA,
Akan kucipta Cinta bersama DIA,
sebelum kucipta Cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar,
menjadi bunga yang mekar,
Untuk itu aku tinggalkan 
dirimu pada Nya




Sesungguhnya aku bertawakal
kepada Allah Tuhanku dan 
Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia lah yang
memegang ubun-ubunNya,
sesungguhnya Tuhan ku diatas
jalan yang lurus.

Usah bersedih diatas perpisahan
ini,
jika benar aku tercipta 
untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,

Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga
diberikan kekuatan,
mohonlah kepadanya
dengan penuh mengharap.
Yakinlah pada janji Allah !

Sesungguhnya Allah 
takkan pernah
mensia-siakan pengorbananmu,
bilamana kita tinggalkan
semua ini kerana Allah semata.

Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang
indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang(permulaan)
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya
kepadamu,
lalu (hati) menjadi puas.
(Surah Ad dhuha: 4 & 5)

Beruntunglah kamu !

Tatkala Allah memilihmu
untuk menyedari hakikat
perhubungan antara lelaki dan perempuan
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan 
kasih sayang Allah ini!

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu
(jalan) kefasikan dan ketaqwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang
yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah
orang yang mengotorinya
(Surah As-Syams:8-10)

Sesungguhnya orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka menehukan pendirian mereka
maka Malaikat akan
turun kepada mereka dengan mengatakan
"janganlah kamu takut
dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan Jannah yang
telah dijanjikan Allah kepadamu

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
Yakin pasti!



Kamu dan aku adalah intan terpilih
Berdoalah aku kuat dan tabah
untuk mejaga kilauan ku
Berdoalah tiada sang kumbang 
durjana merosakan sebelum
yang halal tiba.
Aku juga sentiasa akan 
mendoakanmu 
agar dalam peliharaNya

Sentiasa




"YA ALLAH, JADIKANLAH 
ORANG YANG MENCINTAIMU
MENCINTAIKU, DAN JADIKANLAH
AKU MENCINTAI SEGALA SESUATU
YANG MEMBWA KEPADA KECINTAANMU"

AMIN YA RABBAL ALAMIN



wasalam

written by - wahida

Friday 5 October 2012

hidayah bukan untuk ditunggu,tetapi untuk dicari ^_^

ASSALAMUALAIKUM YA SAHABAT
bersyukur kepada ALLAH swt kerana sentiasa peluang untuk hidup didunia
yang indah lagi nyaman ini.
baiklah..ada cerita yang aku ingin kongsikan bersama sahabat2 sekalian mengenai
soal 'HIJRAH'
korang tahu hijrah itu apa?
nak tahu hijrah tu milik siapa?
okey aku cerita ye.. :)
 
Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke sa
tu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud)
Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh nabi yang lain atas perintah Allah. Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat yang lain seperti mana firman-Nya al-Quran yang bermaksud: “Setelah Nabi Lut beriman kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Ankabut, ayat 26).
Di samping Nabi Ibrahim, Nabi Musa juga diarahkan berhijrah kerana ancaman pembunuhan terhadap baginda. Selain itu, banyak ayat al-Quran yang menerangkan peristiwa hijrah Nabi Musa ke tempat Madyan, atas cadangan seorang lelaki yang mengetahui ada pakatan bunuh terhadap Nabi Musa. Selain Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, Nabi Noh juga diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar.
Bagaimanapun dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa hijrah tersebut menyingkap satu perjuangan yang ‘pantang menyerah atau mengaku kalah’ di samping ia menjadi garisan pemisah di antara kebenaran dan kebatilan. Ia juga diibaratkan sebagai satu jambatan yang menghubungkan antara dua tahap masa perjuangan Nabi iaitu, pertama di Makkah selama 13 tahun, dan kedua, di Madinah selama 10 tahun.
Ini bermakna Rasulullah berhijrah bukan untuk lari atau meninggalkan medan perjuangan, sebaliknya meneruskan perjuangan. Malah, hijrah memberikan harapan dan membayangkan keberhasilan perjuangan pada masa hadapan. Justeru, hijrah adalah tonggak perjuangan yang sangat bermakna. Hijrah juga fajar kemenangan yang menentukan kemenangan demi kemenangan perjuangan Nabi. Rasulullah dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah demi menyahut panggilan dan keimanan.
Dalam erti kata lain, hijrah itu berlaku atas dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa iman, pasti mereka akan berasa berat untuk meninggalkan keluarga, sanak saudara, kampung halaman dan kota kelahiran. Namun, demi mempertahankan cita-cita luhur yang lahir daripada iman kepada Allah dan Rasul-Nya, ia menguatkan semangat mereka untuk berhijrah. Mereka juga menyedari bahawa tanpa pengorbanan dan perjuangan kental, hasrat atau cita-cita murni itu pasti terkubur. Justeru, mereka bersiap sedia untuk berjihad dengan ikhlas kerana Allah. Mereka berhijrah demi memenuhi panggilan iman, mempertahan dan mencapai cita-cita murni itu. Mereka menghadapi apa sahaja rintangan, tekanan dan pelbagai kesulitan dalam perjalanan jihad itu dengan penuh sabar, tabah dan keteguhan hati. Hijrah Nabi dan sahabatnya bukan bererti menjadi orang yang kalah atau tersingkir. Hijrah yang penuh tentangan dan halangan itu memberi mereka peluang untuk meraih kemenangan.
Peristiwa hijrah juga memperlihatkan banyak kebijaksanaan Rasulullah. Ia menunjukkan bagaimana Nabi mengutamakan masjid, iaitu mendirikan masjid pertama di Madinah di satu tempat bernama Quba’ yang akhirnya dikenali sebagai Masjid Quba’. Ia juga memperlihatkan fungsi kepentingan masjid dalam Islam. Masjid kedua yang didirikan Nabi ialah Masjid Nabawi.
Seterusnya, kebijaksanaan baginda yang kedua ialah mempersaudarakan dua golongan, iaitu kaum Muhajirin (sahabat Nabi yang sama-sama berhijrah dari Makkah ke Madinah) dan kaum Ansar, yang bersedia menerima kedatangan mereka di Madinah. Baginda juga berusaha mengadakan beberapa kesepakatan dengan golongan Yahudi dan Nasrani di Madinah untuk mewujudkan suasana aman damai dan harmoni.
Melihat kepada perancangan baginda, marilah kita sama-sama mencontohi semangat hijrah yang terkandung padanya banyak hikmah dan iktibar. Antara teladan yang boleh dipelajari daripada hijrah Nabi ialah komitmen baginda memperbaiki dan membangunkan ummah, yakni membangun ummah beriman, bertakwa, bersaudara, bergotong royong, saling membantu dan hidup dalam damai dan harmoni, dengan umat beragama lain. Hijrah baginda bukan untuk kerehatan tetapi meneruskan perjuangan dakwah, kerja keras dan berkorban demi kebaikan ummah. Inilah masanya untuk umat Islam di Malaysia untuk menghayati roh hijrah ini untuk diaplikasikan dalam konteks semasa iaitu untuk membina semula kegemilangan tamadun Islam. Tamadun Islam tidak dapat dibina dengan hanya slogan-slogan indah atau retorik-retorik manis semata-mata, sebaliknya ia menuntut satu jihad, pengorbanan, kesungguhan dan komitmen yang jitu untuk menjulang panji-panji Islam ke persada dunia.
Hijrah juga mengajar makna perpaduan. Cuba renungkan kejayaan Rasulullah menyatukan dua kumpulan yang sebelum itu saling bermusuhan, iaitu Aus dan Khazraj. Atas nama persaudaraan dan demi kasih sayang kepada Allah, dua kumpulan ini akhirnya dapat disatukan. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang menyaksikan pelbagai ras, bangsa dan kaum, maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan rahmah sejajar dengan Islam sebagai al-Din yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.
Justeru, Islam dari awal-awal lagi menganjurkan umat Islam agar bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain dalam memakmurkan bumi Allah ini. Bumi Allah ini adalah milik semua makhluk yang diciptakan Allah dan ia bukan milik atau kepunyaan istimewa satu-satu kaum atau bangsa-bangsa tertentu. Malah kesemuanya diberikan hak dan keistimewaan yang sama rata untuk sama-sama mendiami alam ini di samping untuk memakmurkannya ke arah kejayaan dan kebahagiaan sejagat.
Oleh itu, Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan, kezaliman, kekejaman atau permusuhan dengan bangsa lain biarpun berlainan akidah dan kepercayaannya, sedangkan Islam adalah al-Din yang bersifat rahmat kepada sekalian alam sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anbia, ayat 107 maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.
 
dah baca?maaf panjang.tapi ada pengajarannya kan?ambillah iktibar daripada cerita di atas itu tadi :). jadi..first aku nak cerita,aku berhijrah bukan saja saja.
tapi aku berubah sebab aku takut pada ALLAH.
DIA yang menghidupkan aku didunia ini melalui ibu aku
jadi aku fikir sampai bila aku nak hidup dalam keadaan jahil.
aku ni tak takut dosa ke?ya..ya..aku memang tak takut dosa.buktinya aku
tinggal solat.aku buat larangan ALLAH even benda tu tak berat.kalau dah dosa tu..tetap dosa jugak kan?
ye dak?but now aku dah freedom daripada dunia jahil aku tu.aku tak nak dan tak akan pernah kembali kejalan yang tak benar tu lagi.sekarang baru fikirkan apa yang aku buat selama ni semuanya tak ada faedah.yang aku dapat DOSA.
cubalah korang berhijrah.lepas tu korang akan rasa tenang sebab ALLAH akan terus sentiasa disisi korang jika korang sentiasa mensyukuri nikmatNYA,lakukan semua suruhanNYA.insyaALLAH korang akan dapat memiliki syurga yang kekal abadi ;)
ALLAH tak kejam kawan kawan.
ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hamba hambanya
memohon ampunlah kepadaNYA dengan penuh rasa kesal.
one more thing nabi muhamad saw bertaubat,beristighfar,memohon ampun kepada ALLAH lebih 70 kali dalm sehari.subhanALLAH sungguh hebat nabi kita.
Jadi jom kita contohi setiap amalan dan sunnah nabi muhamad saw :)
tak rugi kawan kawan :)
sekian~~~

ditulis oleh anis hanina <3

cabaran apabila Berhijrah

Bismillahirahmanirahim


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah kita,saya,kamu,mereka
masih hidup!
Masih dapat nak sembahyang
kepada Allah
Masih dapat menatap wajah
Mak Ayah
Masih dapat 
beribadat pada Allah
 Alhamdulillah .


> CABARAN APABILA BERHIJRAH <

Dalam konteks Hijrah
hijrah itu meluas, hijrah itu pelbagai.
Namu apa yang nak ditegaskan saya disini 
HIJRAH
HIJRAH KEJALAN ALLAH




keadaan kehidupan sebelum

kepada



kepada yang lebih tunduk kepada Pencipta.


Wahai sahabat-sahabat yang tersayang sekalian
bagi masa sedikit


*Tarik nafas dalam-dalam*
*kita nak ada sesi terapi jiwa ni*
ambil masa kamu.
ambil masa 2 atau 3 minit. tarik nafas jer

*Done?*
Apa tujuan saya suruh anda buat ni ?
tujuannya tak ada apa-apa pun
cuma nak bagi perjalanan darah anda lancar je
bila lancar 
minda senang nak tangkap apa-apa
maklumat yang hendak disampaikan.
Kan ?
 Alhamdulillah
 tapi bagi orang yang betul nak berhijrah ke jalan 
ALLAH
dia pasti dah menangis atau mengalirkan Air Mata
Tatkala menarik nafas tadi.

WHY?
SEBAB
dia merasa sangat bersyukur yang pada saat itu
dia sedang merasai nikmat kehidupan yang dikurniakan oleh Allah
Allah masih bagi dia ruang,
Allah masih bagi kesempatan untuk hirup udaraNYA
walaupun kamu ni hanya Penumpang 
yang Tak Tau Bersyukur di BumiNya

Jujurlah wahai sahabat.
kita sebagai Remaja memang sedang mencari identiti diri
kita remaja memang nak cuba semua 
nikmat hidup
kita memang nak rasa life yang enjoy
or apa-apa je yang rasa nak dibuat
kita buat.



But sedarkah kamu ?
dalam kamu meniti arus kehidupan sebagai remaja
kamu sedang menentukan
langkah kehidupan kamu dialam Dewasa kelak!

*you guys faham or not?*

contoh.
jika dizaman remaja kamu dah cuba merokok
bila dah besar pasti kamu sudah sebati dengan rokok
pasti kamu dah tegar dengan rokok.

jika dizaman remaja kamu dah suka "hangout"
dari pagi pukul 10 sampai 7 malam
tak mustahil dizaman dewasa yang kamu 
akan keluar sehari suntuk

jika dari remaja kamu memang suka bercouple
tak mustahil dizaman dewasa kamu
boleh menjadi 
seorang yang "playboy"
"paygirl" kaki duit or apa-apa yang kamu dah rasakan
tak ada doa bagi kamu.

semua itu tak mustahil.
once bila kamu dah start di alam remaja dengan 
life yang penuh dosa dan noda
tak mustahil dihayat dewasa kelak
kamu makin menjadi rosak

kamu nak ker?
kamu nak life kamu ketika remaja ini
menjadi pendorong kepada kehidupan kamu di alam dewasa kelak?
 Lahawla wala.

*TEPUK DADA TANYA IMAN*


YA ALLAH :')

Now baru saya mulakan tentang cabaran apa yang akan berlaku apabila kita berhijrah nanti !
KISAH 1#


Dulu aku ada ramai kawan. kawan yang memang enjoy dengan saya, kami selau hangout. lepak JJ , sogo, Pavillion, Parade and mana-mana port yang memang superb gila untuk lepak. memang enjoy la kan. ! pergaulan pun bebas. apa kita nak semua kita bole buat! warghhhh enjoy bhai ! lu tak rasa lu tak tau !

but waktu bulan puasa lepas, 
aku ikut kawan pergi masjid, solat terawih. 
ehh lu ingat bdk jj tak gi masjid ker? pergi ar!
sembahyang berapa rakaat lepas tu blah jerla,
bagi tau awek pakwe. 
*bie , i nak pergi masjid solat terawih nie,
habis terawih i msj u balik tau, jgn nakal2
bie pg solat jugak tau! LOVE YOU ! muahhxhh*

pergh! cakap dekat awek pakwe . mcm semut pijak pun tak mati !
lepas tu , belum habis terawih dah pergi luar lepak depan masjid 
lepas tu rokok sebatang.

Standart la kan?

but entah macam mana itu kegiatan aku berapa hari lepas time bulan ramadhan tu
but bila aku ikut kawan aku yang baik. yang memang budak masjid ni
aku jadi terikut dengan diorang!

Gila! 
but itu hakikat nya !

Alhamdulillah. bila aku dengar tazkirah pendek ustaz. memang aku terasa
ustaz cakap pasal remaja.
ustaz kata

"wahai remaja
kamu baru setahun jagung,
belum kenal dunia.
belum tahu tentang dunia,
yang kamu mengerti adalah pergi balik sekolah
lapar makan,
kenyang tidur . lepas tu main, couple."


Ya Allah.
 bunyi memang mcm tak ada lah menarik sangat
boring boring! bosan bosan!
But kalau kamu dengar betapa merintih nya suara ustaz itu
betapa sedih nya nada suara ustaz itu
yang seakan-akan 
menangis suruh remaja sedar.
 aku oandang kiri kanan
aku tengok "kawan" aku yang lain semua tunduk menangis,
aku pelik!
why ?
diorang tepuk bahu dan berkata. 
"insaflah sahabat.kamI tak mahu kamu membenci kami diakhirat kelak kerana kami 
tak membimbing kamu kejalan Allah !
kasihan kami.
Dosa kami yang lepas tak tertanggung
inikan lagi nak tanggung dosa kerana tak mendidik mu wahai sahabat! tolong kami"

takut aku dengan mereka. dan ketika waktu balik, aku menangis,
aku terfikir
"ya Allah, apa yang aku dah buat!
aku dah menyusahkan sahabat aku yang lain dalam diam
tanpa aku sedari! ampuni aku ya Allah"

start dari itu aku berubah!




TENANG SANGAT !
 AKU BERTAUBAT DENGAN PENUH PENGHARAPAN! 
TAUBAT NASUHA

dan antara cabaran selepas aku berhijrah.
Kawan yang dulu ,
time rapat dengan aku semakin menjauh.
kawan yang ada time aku happy
kini tinggalkan aku

mereka hina, kutuk aku bajet alim
dan sebagainya!

Namun aku tahu ini ujian Allah
Allah nak uji sejauh mana keimanan 
aku kepada NYA
dan mula dari itu, aku tak peduli lagi!
" Biar orang berkata sejuta
nista tentang kita
nanti lama-kelamaan apabila 
mereka penat, mereka akan berhenti jua.
dan diri kita teruskan beriman dan beribadat kepada ALLAH"



"LA TAHZAN. INNALLAHA MA'ANA"
"JANGAN BERSEDIH. ALLAH ADA BERSAMAMU"


Memang aku sedih. 
sebab teman rapat yang kaki enjoy macam aku dulu
telah pergi tinggalkan aku
tapi aku yakin dengan janji Allah! janji Allah itu pasti
kerana apabila kita meninggalkan laranganNya
dengan Hati yang ikhlas maka banyak Ganjaran yang akan diberinya
nanti !



jadi jangan risau apabila kamu hendak berhijrah jalan Allah
InsyaAllah ! Allah akan mengutuskan insan-insan yang terbaik dalam hidup kita
untuk support kita
untuk sentiasa didik kita
 jangan takut
jangan rasa "hilang hot aku nanti
dekat fb dgn twitter!nti hilang hot aku!"
jangan fikir macam itu! Allah sedang perhatikan kamu! kamu tak malu ke pada Allah! ?

Pulanglah sayang! pulang lah kejalan Allah!
pintu taubatnya masih terbuka luas.
pulanglah Sayang! pulanglah kejalan Allah! ingat Allah ! 



begitulah kisah nya.
kita yang hidup ni hanya sementara!
ingat lah ALLAH !
Dia mencipta kamu. dan dia berhak mengambil kamu semula

SEDARLAH DIRI !

ALLAHU :')


SELAMAT BERHIJRAH SAHABATKU ! 

AKU , MEREKA, DAN KAMI ADA BERSAMA MU !




ALLAHUAKBAR
LAAILAHILALLAH

by wahida :')