Sunday 24 February 2013

Aku Bahagia Jadi Muslimah!




Bismillahirahmanirahim.



Lama aku menyepi,
lama aku tak menulis,
mungkin aku terlalu lama mendengar.

*ehh mcm student sastera la ayat dia ^^*

Okay-okay saya dah jatuh cinta dengan penulisan.
Alhamdulillah, mungkin ini kali terakhir saya berblog, 
siapa tahu?

Jadi pesanan terakhir untuk remaja yang akan mengorak langkah untuk berubah.

Aku akan pergi,
mungkin lepas ini siapa bisa menasihati kamu?
jadi dengar la baitku walaupun pahit.

Al-kisah!

Aku ditanya pada petang itu..

Coming soon Muslimah :
"Apa kau tidak siksa bertudung labuh?
Apa kau tak panas?
Apa kau tak berpeluh?
Apa kau tak serabut kepala dibedung bak bayi?
Apa kau tak mahu wajahmu dihiasi warna warni?
Apa kau tak mahu bercinta dengan laki-laki?

Tapi..

Aku kagum dengan kau.
Kerana mahu pada Syurga yang tak ternampak
sehingga kau buta pada dunia yang kiri kanan terlambak.

Bantulah aku.
Aku tak reti nak berhijrah "


Aku;

"Paksalah diri untuk berubah dan pura-puralah berubah.
Tutuplah keinginan kau untuk berubah itu dengan kepura-puraan
kau menjadi solehah.

Kerana bermula dengan kepura-puraan itu
barulah kau belajar menjadi Muslimah sejati.

*tak baiklah! pura-pura.. tak mau!*

*Hoish!! Bukan!
Bagi dushh*

*Argh sakit! habis tu?!!*

*Krik krik krikk..


Memang kadangkala kita perlu jadi hipokrit.
Yang penting bukan munafik!

FAKE IT, TO MAKE IT!

dah bahagia jadi muslimah nanti..
jangan lupa doakan aku.
Agar sebahagia dengan kau. 


Selamat tinggal Bakal Muslimah.
Aku pergi dulu. Assalamualaikum*


*................ waalaikumusalam

Selamat tinggal...*




Muslimah itu bangun dan pergi...
sampai dipersimpangan jalan..
dia dilanggar dan pergi meninggalkan bumi.

Bisik hati kecil si bakal muslimah.
"Ya Allah, jadikan dia, aku dan seluruh Muslimah diatas 
muka bumi ini wanita Syurga. Aamiin "

Innalillahi wainalillahi rojiunn.



Aku Bahagia Jadi Muslimah!
written by wahida
13 rabiulakhir 1434 Hijrah
24 februari 2013.





Friday 21 December 2012

So Dream High!

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
Alhamdulillah

So Dream High!

Aku perhatikan semua orang Asyik dan Asyik memikirkan tentang Cinta!
Oh musim Cintakah?
Aku perhatikan semua orang sibuk berbicara tentang Jodoh!
Oh musim Kahwinkah?


Maybe ;)


Tetapi adakah yang berkeinginan ingin menikah itu 
Sudah menemui Pasangan?
Atau dia hanya berangan-angan di Awangan
Memikirkan Zauj dan Zaujah masing-masing?

Hihihihihi :)
Mereka sangat comel.
Namun sekadar perkongsian untuk mencari Cinta.


Lukisan berbicara dan mengeluarkan isinya



Cinta itu tiga segi. Antara saya dan awak, ada Dia diantara kita. 
Maka jika saya nak dekati awak, atau awak nak dekati saya,
saya dan awak perlu dekati DIA dulu :)

Dan Buat Semua
Bukan tidak boleh bercinta dalam Islam
Boleh. Tetapi Biarlah hubungan itu Halal,
Sah sebagai sebuah Pasangan yang cukup lengkap melengkapi
Dan melengkapkan separuh dari Agamamu.

Ada pasangan, Kahwinlah :) 
dan Cintalah pasangan kita kerana Allah.

*****

“Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya diantara keduanya adalah yang lebih mulia.”

(Hadith Riwayat oleh Imam Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad)

Dan Alangkah lebih nikmatnya Cinta jika semuanya berlandaskan Ilahi ;)

Selamat mencari Syurga Cinta. Syurga Cinta Dunia dan Akhirat
Allahuakhbar!



So Dream High!
Written by Wahida
22/12/2012
8 safar 1434 Hijrah

Thursday 8 November 2012

Kelebihan Bertudung Labuh

Bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum

"Harini entri saya express sedikit .
Dan entri saya hari ini juga banyak berpandukan dari
seseorang blogger ini."

Tajuknya tentang bertudung labuh.





# Soalan biasa yang diajukan kepada remaja muslimah yang sering bertudung labuh

*" eh kenapa kau bertudung labuh ha? Tak panas ker? sini kan iklim khatulistiwa. 
kejap Sejuk, Kejap Panas, Kenapa? Asal? "

Ini jawapan kami -

"Sayangku, listen ye."

 Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga

*" Erm yerlah, tapi kan panas. Tak seksa diri ker? "

Ini jawapan kami -

"Sayangku, listen ye."

Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.

dan mana ada siksa diri, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya. Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.

*"Alah , tapi tak cantiklahh. OLD FASHION !"

Ini jawapan kami - 

* "Sayangku, listen yer."


Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna? Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.

*" herm.. mcm tak berfaedah je. kolot"

Ini jawapan kami -

*" Sayangku, listen yer."

Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah. InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.

Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung labuh sempurna. 
Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.  Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati.

Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan. Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.

Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.

Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita? Jadi, bertudung labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.


*"erm yerlah~~ But kadang-kadang macam laa pakai tudung labuh ni  baik sangat. kadang kadang tak malu. and kadang-kadang mereka lagi teruk dari kami yang tak bertudung or bertudung biasa je ni. puihh" 

Ini jawapan kami - 

*"Sayangku, listen ye."

 Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya. Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW.

Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung labuh, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling. Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.

Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.

Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).

Dan akhir sekali 

Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.

*"ermm. Astarfiruaallahaladzim. Celakanya kami. Ya Allah ampuni kami Ya Allah
Muslimah sekalian, maafkan kami. Kami berdosa sangat sangat. BERDOSA !"


Alhamdulillah, saya maafkan, dan saya pasti Muslimah yang lain pun memaafkan.
Segeralah pulang kejalan Allah. cari Cinta Ilahi.
Satu je ucapan saya

sila teruja untuk bertudung labuh




Written by Wahida



Muhasabah Diri :)

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, kita masih bernafas 
untuk beriman, beribadat dan
 menunaikan segala perintah Allah Swt 
 Alhamdulilllah

Apa khabar semua?
Apa khabar iman kalian pada hari ini?
Apakah harini kalian sudah membasahkan muka untuk berwudhuk?
Menjatuhkan lutut untuk bersolat?
Waalla huallam'



Okay saya start blog saya hari ni
entri harini biasa sahaja
nak buat ringkas-ringkas
dan ada mesej
tulis panjang2 tak sure yang ramai nak baca.



******




MasyaAllah tenangkan?

okay apa sebenarnya cerita harini
 yang saya nak sampaikan?

okay harini saya nak bawak 
awak semua
terutama Remaja
untuk bermuhasabah diri

Tentang bab 
percintaan


*Habislah apa dia nak ceramah aku nie*

Okay statement atas tu adalah ayat biasa yang selalu kita dengar
bila ada orang nak nasihat kita.


 Dear sahabat :

Saya mulakan permuhasabahan saya terhadap kalian
yang Bercouple sekarang ni !

Sebenarnya.......



Ketahuilah bahawasanya bila seseorang itu couple dan oneday 
after dia dah married
apa perasaan yang dia akan rasa
*KISAH BENAR*

Orang yang pernah couple kemudian end-up berkahwin dengan orang lain

 jauh di sudut hatinya akan rasa MENYESAL;


1- Menyesal kerana cinta pertamanya telah
 diberikan pada orang yang salah. 
Pasangannya yang halal kini mendapat cinta second hand
 yang direcycle kembali nampak seperti baru.
 Tetapi tidak se-fresh cinta pertama dulu yang menggamit seribu kenangan.

2- Menyesal kerana tidak adil pada pasang
annya kerana memberi hati yang ada kesan parut luka lama.

3- Menyesal kerana telah memberikan sepenuh hati pada orang yang salah,
 sedangkan awal-awal lagi 
sepatutnya disimpan pada orang yang betul.

4- Menyesal kerana cinta dalam hati tidak sebening air mata air
, tidak sepure, tidak se-excited,
 tidak seperti cinta yang pernah diberikan dulu-dulu.

Namun, beza paling besar yang dirasakan setelah berkahwin adalah


5- tenangnya hati yang tidak pernah dirasakan sewaktu bercouple. 
Tidak perlu tipu diri sendiri 
mengatakan hati rasa tenang tenteram waktu couple.

 Tenang rekaan diri sendiri semata-mata.
 Bukan rasa tenang yang Allah datangkan ke dalam hati.


Jadi, adik-adik atau sesiapa sahaja yang belum pernah
 bercouple yang baca mesej ini, jagalah cinta pertama
 masing-masing untuk diserahkan pada orang yang betul dan
 halal lagi teristimewa.
 Jangan sampai menyesal di kemudian hari.


"Mengapa terjadi perpisahan dengan seseorang yang kita sayang? Sebabnya Allah mahu menguatkan kembali hati kita. Kita tak sedar hati jadi lemah dan sakit sepanjang kita bercinta tanpa ikatan yang halal."





Tulusly
written by Wahida

Monday 5 November 2012

Manisnya Ukhwah Fillah kita ;')

Bismillahirahmanirahim






Assalamualaikum wbt.

Selamat sejahtera keatas kamu semuaaa :')
Dah lama saya tak update Blog.
Disebabkan exam selama 3 minggu
dan bermakna saya juga tak buka blog selama 3 minggu.
*DISIPLIN*

Alhamdulillah
dalam saya sibuk menghadapi exam,
sudah banyak perkara yang sukar saya hadapi.
But when we put ALLAH SWT first
all will gonna be easy.

So today story yang saya nak shared to you Alls
is about Ukhwah Fillah.

*Apa tu?*

Ukhwah fillah itu sebenarnya perkataan dalam bahasa Arab
makna dalam bahasa melayu
adalah boleh digelar sebagai
persahabatan.

Naam! Persahabatan.

But masih kaburkan akan apa yang saya nak sampaikan kan?

*cop! dekat gambar atas tadi ada petikan ttg Barbie ect,
 but the story not remains about that.*
*back to the story*

okay, saya tak nak tulis panjang-panjang, sebab saya tahu majoriti tak ramai yang
minat nak membaca leteran kita. And manoriti yang "Nak" dengar leteran kita.
Yedaak?

Okay let me straight to the point.


Dalam sepanjang penghijrahan saya ini
Banyak sangat suka-duka yang saya tempuhi
Then dari situ jugak saya dapat lihat
Yang mana "kawan" dan
yang mana "sahabat"

"Kawan" "Sahabat"

maksud yang samakan?
means kawan.

But apa yang saya nak tekankan dekat sini is about
apa different between Kawan dengan Sahabat yang punyai maksud yang sama tu
but berbeza dari segi pendapat dalaman or masing2.(maybe)

Kawan ini kita boleh gelar ia sebagai
kawan time senang,
kawan time banyak duit,
kawan time happy go lucky,
kawan untuk enjoy,
kawan untuk kersuka ria.

But from the details above. have we see the benefict?
means kebaikan seorang kawan?

and Sahabat.

Sahabat ini ada time senang,
sahabat ini ada time susah,
sahabat ini ada time kita sedih,
sahabat ini ada time kita sakit

And yang paling Best sahabat ini adalah
Sahabat yang sentiasa membawa kita kearah kebaikan.

Okayy~

LOOK.

Time saya menghadapi waktu susah
baru saya sedar yang saya sebenarnya ada ramai kawan.
But when kita nak mengadu
nobody want to care!

And itu adalah namanya Kawan,

But Sahabat itu berbeza.

Sahabat ini bila kita senang ataupun susah
dia tetap ada.
Dan yang paling penting is bila kita tengok muka sahabat kita tu 
hati kita rasa tenang!
Hati kita rasa makin cinta Akan Agama dan Tuhan!

MasyaAllah
Tiada yang lebih indah jika kita memiliki sesuatu ukhwah yang niat kita hanya kerana Allah

Dan saya terus terang saya sayang sahabat saya itu kerana Allah

You alls know what. when we love person sake of Allah SWT. InsyaAllah
kita akan diCintai dan Dirahmati oleh Allah SWT
Tells me kawan, tells me sahabat
Tiada apa yang lebih indah if kita dapat rasa kemanisan ukhwah tersebut.

Seriously and tulusly

If kita ada beribu kawan tak kira di myspace, facebook, twitter and all of 
laman sosial now
but can you find the best person to be your Bestfriend?
 Iaitu Seorang manusia biasa yang
 serupa seperti kita
yang setia ada bersama kita ketika susah dan senang?

 so the solution is

Carilah kedamaian hidup dengan ber ukhwah fillah dengan sesama manusia.
Carilah sahabat atau kawan yang betul-betul
boleh membawa kita kepada kecintaan ilahi!

Dears members :')


Senyuman sahabat itu tidak ternilai harganya, apatah lagi 
jika dia tersenyum sebab kita!
 SO
Anda yang menentukan sahabat masing-masing
anda ada hak untuk berkawan dan memilih kawan

Ramai yang cakap nak "kawan dunia akhirat."
Tapi erti kawan dunia akhirat itu adalah
kawan yang baik, kawan yang sentiasa membawa kita 
dan dekatkan kita dengan Allah
Dan InsyaAllah maka diaakhirat nanti kita tetap bersama sebagai sahabat.

Saya tak nak ada kawan yang happy didunia tapi bermusuhan diakhirat 
sebab tak pimpin korang kejalan Allah.
Saya tak nak. and im sure you guys also tak nak.

Kata nak masuk Jannah(syurga) sama-sama kan?
Jadi, jadilah sahabat yang memimpin diri dan sahabat masing masing
untuk mengapai redhaNya.

Dan yang penting niat kita berkawan itu kerana Allah Swt

So anda layak menentukan yang mana sahabat anda. 
Mulakan dari hari ini!

Salam sayang kasih dan cintaku buat semua 
Ukhwah fillahku yang 
berada di sekolah,
Facebook
and lovely twitter!

Moga ukhwah yang terjalin ini memberi manfaat 
buat kita diakhirat kelak.

Love you.
ASSALAMUALAIKUM :')

CREDIT TO : ANIS HANINA (RIGHT)
AND ME WAHIDA (LEFT)




written and tulusy by - wahida

Monday 15 October 2012

Wahai Bakal Imamku ;)



Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh :)

Bismillahirahmanirahim

Apa khabar bakal suami ku?
apa khabar imanmu pada hari ini?
sudahkah engkau mengucapkan syukur kepada Allah SWT 
kerana masih memberi peluang kepada mu untuk terus hidup
untuk beribadat kepadanya?
Sudahkah kamu membasahi wajahmu pada hari ini untuk berwudhuk ?
Sudahkah kamu menjatuhkan lututmu untuk bersujud kepada Allah ?
Tuhanku, Tuhanmu :)

Wahai bakal Imam ku
Tahukah kamu bahawa aku disini sedang diuji suatu 
perasaan yang dasyatnya?
Perasaan yang dimana aku hanya Mencintai Tuhanku dan Tuhanmu sahaja
Juga pada Rasul Allah .
Tahukah kamu bahawa aku dididik disini
oleh Ayah dan Ibu mertuamu untuk Taat pada Allah
Rasul, mereka dan untuk mu.

Kadang kala hati ku resah.
Resahku memikirkan Tuhanku Tuhanmu
Resahku memikirkan akan dirimu.
Aku bukan sesiapa
Aku bukan semulia Khadijah
Aku juga bukanlah setaqwa Aisyah 
Pun juga tidak setabah Fatimah
Aku tidak lain tidak bukan
sekadar wanita Akhir Zaman
yang punyai cita-cita menjadi 
Isteri Solehah

Wahai bakal Imamku 
Aku selalu mengajar dan mendidik 
diriku agar tidak merosakan 
cinta yang hanya buatmu
Buat Imamku
Namun setelah engkau menjadi Imam ku
aku berharap padamu supaya membimbing ku ke Syurga Allah
Pasti juga aku akan membimbingmu kejalan Allah
InsyaAllah pasti

Wahai bakal Imamku
Jujur aku kuat cemburu
Justeru dengan itu
kau bimbinglah aku untuk menjadi Isteri yang Solehah
agar dapat kelak di Syurga cukuplah aku
sahaja menjadi Bidadari buatmu.
Namun andai cintamu pada Allah dan Rasulmu
lebih daripada cintamu kepadaku 
Aku rela
malahan aku bersyukur kerana dikurniakan
lelaki semuliamu

Wahai bakal Imamku
Andai benar aku tercipta untukmu
dan andai benar engkau tercipta untukku
Letakkanlah aku nanti bersebelahan dihatimu
simpanlah aku disebelah Hatimu
 Cintalah Tuhanmu Tuhanku
Rasulmu Rasulku
Ibumu Ibuku
Keluargamu keluargaku
dan Aku 
Meskipun aku terletak ditempat terakhir dihatimu
Namun kau semaikanlah ku dengan
Doamu
Doakan aku agar bahagia ketika berada disisimu
Buat selamanya.

Wahai Imamku
cukuplah sekadar cinta yang terindah engkau berikan
kepadaku
Cinta yang boleh membawaku kepada 
kecintaan kepada Tuhanku Tuhanmu
Cukuplah sekadar cinta High class yang ku minta padamu
Bukan cinta yang membawaku kepada kemurkaan Allah SWT
Jadilah Imamku ketika solat
Jadilah Qariku untukku mengaji
Jadilah Suami yang terbaik seperti Ayahku dan Ayahmu
Jadilah Ayah yang terbaik untuk Anak-anak kita nanti 
dan Jadilah seseorang
yang boleh membawa Aku kepada kecintaan Allah SWT
itu sahajalah yang termampu 
untukku pinta padamu.




Wahai Imamku
Bersabarlah
Do'aku selalu 

Agar Allah memudahkan jalan 
untuk menjemputku sebagai bidadarimu

Semoga Allah menjagamu agar tidak tersentuh dengan bukan Mahrammu
Jagalah Imanmu untukku,
Jagalah Maruahmu untuku,
Agar Allah sentiasa memberkati kita


Salam cintakuku untukmu
Wahai bakal Imamku :)

by-Wahida

Thursday 11 October 2012

kebaikan berzikir dan membaca al QURAN

ASSALAMUALAIKUM semua :D

 
I have something to share with you all.
sebelum tu tarik nafas dalam dalam jom...
ini boleh kurangkan tekanan kemarahan kita.jika kita tengah marah.
topik hari ini berkaitan dengan kebaikan berzikir dan membaca al QURAN.wah..banyak manfaat jika kita baca.
actually aku nak bagitahu aku tengah tension yang teramat sangat2 -,-
pening,geram,ish semua ada lah.sebab apa?nak exam punya pasal.
biasa la..hidup sebagai student ni macam macam dugaan kena alami..
stress dengan belajar..dengan tu la..
dengan ni la...
ayoyo.saaabbbbaaaar jela :)
biasa la kan.ha!! jadi...kalau kita tengah marah,tension ke...sakit jiwa ke apa ke...
apa kata kita mengucap,berzikir ataupun baca al QURAN..jangan la mencarut ke..apa ke...buat dapat
dosa je tau.yang lain pun tak tertanggung.
tak kan nak tambah lagi kot.berat la amalan buruk kita nanti
huh!! NERAKA la jawabnya.
tak nak!!! takut.tapi tu la manusia kan...tak pernah sedar dengan apa yang diaorang buat :)
aku pun macam tu jugak dahulu.that's why la adanya hijrah.bila ada hijrah..kita boleh melangkah
kearah kebaikan.dan berjanji,bertaubat pada ALLAH yang kita tidak akan mengulangi dosa dosa dahulu lagi :)
tapi boleh ke kita buat?biasa la..
syaitan banyak.mak oi... tak terkata.
sebab tu kita diberi akal.supaya kita boleh fikir yang mana baik..yang mana buruk.
kalau tak ada akal...
macam macam kita boleh buat diluar dugaan kita.-,-
boleh bayangkan?tak boleh kan.
subhanALLAH hebatnya ALLAH :)
BACK TO THE STORY.
jadi...al QURAN ni banyak manfaatnya
ilmu dalm tu banyak sangat sangat.
kalau nak baca quran pun susahkan?macam aku cakap tadi la...
syaitan banyak sangat.ada je untuk sesatkan manusia.
ish2..
jadi sama sama kita lawan ye.iman kena kuat!!
insyaALLAH  we can do it :)
 
 
Sesungguhnya terlalu banyak dalil-dalil dari al-quran dan hadis yang membicarakan tentang kelebihan membaca al-quran,memahami dan beramal dengannya seperti di bawah.
Dalil dari al-quran:
 
 
Allah ta’ala telah berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ (29) لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ (30)
‏‏
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi.Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.[1]


see....nampak tak?subhaALLAH banyak kelebihan
 membaca al QURAN ni.cuma kita je tak alert.takpe..
belajar dari kesilapan :)
selepas ni apa kata kita cuba memahami al quran dan sering2 berzikir.
mesti hati kita tenang.aku yakin itu.yakin sangat2!!

for the end

I LOVE ALLAH <3 <3 <3 <3


by anis hanina