Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh :)
Bismillahirahmanirahim
Apa khabar bakal suami ku?
apa khabar imanmu pada hari ini?
sudahkah engkau mengucapkan syukur kepada Allah SWT
kerana masih memberi peluang kepada mu untuk terus hidup
untuk beribadat kepadanya?
Sudahkah kamu membasahi wajahmu pada hari ini untuk berwudhuk ?
Sudahkah kamu menjatuhkan lututmu untuk bersujud kepada Allah ?
Tuhanku, Tuhanmu :)
Wahai bakal Imam ku
Tahukah kamu bahawa aku disini sedang diuji suatu
perasaan yang dasyatnya?
Perasaan yang dimana aku hanya Mencintai Tuhanku dan Tuhanmu sahaja
Juga pada Rasul Allah .
Tahukah kamu bahawa aku dididik disini
oleh Ayah dan Ibu mertuamu untuk Taat pada Allah
Rasul, mereka dan untuk mu.
Kadang kala hati ku resah.
Resahku memikirkan Tuhanku Tuhanmu
Resahku memikirkan akan dirimu.
Aku bukan sesiapa
Aku bukan semulia Khadijah
Aku juga bukanlah setaqwa Aisyah
Pun juga tidak setabah Fatimah
Aku tidak lain tidak bukan
sekadar wanita Akhir Zaman
yang punyai cita-cita menjadi
Isteri Solehah
Wahai bakal Imamku
Aku selalu mengajar dan mendidik
diriku agar tidak merosakan
cinta yang hanya buatmu
Buat Imamku
Namun setelah engkau menjadi Imam ku
aku berharap padamu supaya membimbing ku ke Syurga Allah
Pasti juga aku akan membimbingmu kejalan Allah
InsyaAllah pasti
Wahai bakal Imamku
Jujur aku kuat cemburu
Justeru dengan itu
kau bimbinglah aku untuk menjadi Isteri yang Solehah
agar dapat kelak di Syurga cukuplah aku
sahaja menjadi Bidadari buatmu.
Namun andai cintamu pada Allah dan Rasulmu
lebih daripada cintamu kepadaku
Aku rela
malahan aku bersyukur kerana dikurniakan
lelaki semuliamu
Wahai bakal Imamku
Andai benar aku tercipta untukmu
dan andai benar engkau tercipta untukku
Letakkanlah aku nanti bersebelahan dihatimu
simpanlah aku disebelah Hatimu
Cintalah Tuhanmu Tuhanku
Rasulmu Rasulku
Ibumu Ibuku
Keluargamu keluargaku
dan Aku
Meskipun aku terletak ditempat terakhir dihatimu
Namun kau semaikanlah ku dengan
Doamu
Doakan aku agar bahagia ketika berada disisimu
Buat selamanya.
Wahai Imamku
cukuplah sekadar cinta yang terindah engkau berikan
kepadaku
Cinta yang boleh membawaku kepada
kecintaan kepada Tuhanku Tuhanmu
Cukuplah sekadar cinta High class yang ku minta padamu
Bukan cinta yang membawaku kepada kemurkaan Allah SWT
Jadilah Imamku ketika solat
Jadilah Qariku untukku mengaji
Jadilah Suami yang terbaik seperti Ayahku dan Ayahmu
Jadilah Ayah yang terbaik untuk Anak-anak kita nanti
dan Jadilah seseorang
yang boleh membawa Aku kepada kecintaan Allah SWT
itu sahajalah yang termampu
untukku pinta padamu.
Wahai Imamku
Bersabarlah
Do'aku selalu
Agar Allah memudahkan jalan
untuk menjemputku sebagai bidadarimu
Semoga Allah menjagamu agar tidak tersentuh dengan bukan Mahrammu
Jagalah Imanmu untukku,
Jagalah Maruahmu untuku,
Agar Allah sentiasa memberkati kita
Salam cintakuku untukmu
Wahai bakal Imamku :)
by-Wahida
No comments:
Post a Comment