ASSALAMUALAIKUM YA SAHABAT
bersyukur kepada ALLAH swt kerana sentiasa peluang untuk hidup didunia
yang indah lagi nyaman ini.
baiklah..ada cerita yang aku ingin kongsikan bersama sahabat2 sekalian mengenai
soal 'HIJRAH'
korang tahu hijrah itu apa?
nak tahu hijrah tu milik siapa?
okey aku cerita ye.. :)
Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah
dari satu tempat ke sa
tu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu
keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang
dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah
saw bersabda yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan
apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud)
Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami
sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih
baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali
kepada ajaran Islam sebenar. Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku
kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh nabi yang lain atas perintah
Allah. Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat yang
lain seperti mana firman-Nya al-Quran yang bermaksud: “Setelah Nabi Lut beriman
kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku,
sesungguhnya Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah
al-Ankabut, ayat 26).
Di samping Nabi Ibrahim, Nabi Musa juga diarahkan
berhijrah kerana ancaman pembunuhan terhadap baginda. Selain itu, banyak ayat
al-Quran yang menerangkan peristiwa hijrah Nabi Musa ke tempat Madyan, atas
cadangan seorang lelaki yang mengetahui ada pakatan bunuh terhadap Nabi Musa.
Selain Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, Nabi Noh juga diperintahkan berhijrah kerana
akan berlaku banjir besar.
Bagaimanapun dalam konteks hari ini, hijrah yang
disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan
Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah
al-Munawwarah. Peristiwa hijrah tersebut menyingkap satu perjuangan yang
‘pantang menyerah atau mengaku kalah’ di samping ia menjadi garisan pemisah di
antara kebenaran dan kebatilan. Ia juga diibaratkan sebagai satu jambatan yang
menghubungkan antara dua tahap masa perjuangan Nabi iaitu, pertama di Makkah
selama 13 tahun, dan kedua, di Madinah selama 10 tahun.
Ini bermakna Rasulullah berhijrah bukan untuk
lari atau meninggalkan medan perjuangan, sebaliknya meneruskan perjuangan.
Malah, hijrah memberikan harapan dan membayangkan keberhasilan perjuangan pada
masa hadapan. Justeru, hijrah adalah tonggak perjuangan yang sangat bermakna.
Hijrah juga fajar kemenangan yang menentukan kemenangan demi kemenangan
perjuangan Nabi. Rasulullah dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah demi
menyahut panggilan dan keimanan.
Dalam erti kata lain, hijrah itu berlaku atas
dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa iman, pasti mereka akan berasa berat
untuk meninggalkan keluarga, sanak saudara, kampung halaman dan kota kelahiran.
Namun, demi mempertahankan cita-cita luhur yang lahir daripada iman kepada Allah
dan Rasul-Nya, ia menguatkan semangat mereka untuk berhijrah. Mereka juga
menyedari bahawa tanpa pengorbanan dan perjuangan kental, hasrat atau cita-cita
murni itu pasti terkubur. Justeru, mereka bersiap sedia untuk berjihad dengan
ikhlas kerana Allah. Mereka berhijrah demi memenuhi panggilan iman, mempertahan
dan mencapai cita-cita murni itu. Mereka menghadapi apa sahaja rintangan,
tekanan dan pelbagai kesulitan dalam perjalanan jihad itu dengan penuh sabar,
tabah dan keteguhan hati. Hijrah Nabi dan sahabatnya bukan bererti menjadi orang
yang kalah atau tersingkir. Hijrah yang penuh tentangan dan halangan itu memberi
mereka peluang untuk meraih kemenangan.
Peristiwa hijrah juga memperlihatkan banyak
kebijaksanaan Rasulullah. Ia menunjukkan bagaimana Nabi mengutamakan masjid,
iaitu mendirikan masjid pertama di Madinah di satu tempat bernama Quba’ yang
akhirnya dikenali sebagai Masjid Quba’. Ia juga memperlihatkan fungsi
kepentingan masjid dalam Islam. Masjid kedua yang didirikan Nabi ialah Masjid
Nabawi.
Seterusnya, kebijaksanaan baginda yang kedua
ialah mempersaudarakan dua golongan, iaitu kaum Muhajirin (sahabat Nabi yang
sama-sama berhijrah dari Makkah ke Madinah) dan kaum Ansar, yang bersedia
menerima kedatangan mereka di Madinah. Baginda juga berusaha mengadakan beberapa
kesepakatan dengan golongan Yahudi dan Nasrani di Madinah untuk mewujudkan
suasana aman damai dan harmoni.
Melihat kepada perancangan baginda, marilah kita
sama-sama mencontohi semangat hijrah yang terkandung padanya banyak hikmah dan
iktibar. Antara teladan yang boleh dipelajari daripada hijrah Nabi ialah
komitmen baginda memperbaiki dan membangunkan ummah, yakni membangun ummah
beriman, bertakwa, bersaudara, bergotong royong, saling membantu dan hidup dalam
damai dan harmoni, dengan umat beragama lain. Hijrah baginda bukan untuk
kerehatan tetapi meneruskan perjuangan dakwah, kerja keras dan berkorban demi
kebaikan ummah. Inilah masanya untuk umat Islam di Malaysia untuk menghayati roh
hijrah ini untuk diaplikasikan dalam konteks semasa iaitu untuk membina semula
kegemilangan tamadun Islam. Tamadun Islam tidak dapat dibina dengan hanya
slogan-slogan indah atau retorik-retorik manis semata-mata, sebaliknya ia
menuntut satu jihad, pengorbanan, kesungguhan dan komitmen yang jitu untuk
menjulang panji-panji Islam ke persada dunia.
Hijrah juga mengajar makna perpaduan. Cuba
renungkan kejayaan Rasulullah menyatukan dua kumpulan yang sebelum itu saling
bermusuhan, iaitu Aus dan Khazraj. Atas nama persaudaraan dan demi kasih sayang
kepada Allah, dua kumpulan ini akhirnya dapat disatukan. Dalam konteks kehidupan
masyarakat majmuk di Malaysia yang menyaksikan pelbagai ras, bangsa dan kaum,
maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan rahmah
sejajar dengan Islam sebagai al-Din yang amat menitik beratkan soal kedamaian
sejagat dan kesejahteraan ummah.
Justeru, Islam dari awal-awal lagi menganjurkan
umat Islam agar bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain dalam
memakmurkan bumi Allah ini. Bumi Allah ini adalah milik semua makhluk yang
diciptakan Allah dan ia bukan milik atau kepunyaan istimewa satu-satu kaum atau
bangsa-bangsa tertentu. Malah kesemuanya diberikan hak dan keistimewaan yang
sama rata untuk sama-sama mendiami alam ini di samping untuk memakmurkannya ke
arah kejayaan dan kebahagiaan sejagat.
Oleh itu, Islam melarang keras sebarang bentuk
penindasan, kezaliman, kekejaman atau permusuhan dengan bangsa lain biarpun
berlainan akidah dan kepercayaannya, sedangkan Islam adalah al-Din yang bersifat
rahmat kepada sekalian alam sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anbia, ayat
107 maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan
untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.
dah baca?maaf panjang.tapi ada pengajarannya kan?ambillah iktibar daripada cerita di atas itu tadi :). jadi..first aku nak cerita,aku berhijrah bukan saja saja.
tapi aku berubah sebab aku takut pada ALLAH.
DIA yang menghidupkan aku didunia ini melalui ibu aku
jadi aku fikir sampai bila aku nak hidup dalam keadaan jahil.
aku ni tak takut dosa ke?ya..ya..aku memang tak takut dosa.buktinya aku
tinggal solat.aku buat larangan ALLAH even benda tu tak berat.kalau dah dosa tu..tetap dosa jugak kan?
ye dak?but now aku dah freedom daripada dunia jahil aku tu.aku tak nak dan tak akan pernah kembali kejalan yang tak benar tu lagi.sekarang baru fikirkan apa yang aku buat selama ni semuanya tak ada faedah.yang aku dapat DOSA.
cubalah korang berhijrah.lepas tu korang akan rasa tenang sebab ALLAH akan terus sentiasa disisi korang jika korang sentiasa mensyukuri nikmatNYA,lakukan semua suruhanNYA.insyaALLAH korang akan dapat memiliki syurga yang kekal abadi ;)
ALLAH tak kejam kawan kawan.
ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hamba hambanya
memohon ampunlah kepadaNYA dengan penuh rasa kesal.
one more thing nabi muhamad saw bertaubat,beristighfar,memohon ampun kepada ALLAH lebih 70 kali dalm sehari.subhanALLAH sungguh hebat nabi kita.
Jadi jom kita contohi setiap amalan dan sunnah nabi muhamad saw :)
tak rugi kawan kawan :)
sekian~~~
ditulis oleh anis hanina <3
Best ever seen.
ReplyDelete